Assalamualaikum warganet semua. Pada blog saya yang pertama ini, izinkan saya untuk memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama diberi Nur Iffah Syakirah binti Md Sham. Bernombor matrik 202912. Saya ingin menceritakan serba sedikit latar belakang diri saya.
Saya dilahirkan pada 31 Ogos 1999 dan saya seorang gadis yang berasal dari Tawau, Sabah. Tetapi, saya selalu berpindah randah oleh kerana pekerjaan bapa saya dahulunya seorang Navy dan sekarang bapa saya telah diserapkan ke dalam Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Ketika saya berumur 6 tahun kami sekeluarga telah berhijrah ke Lumut, Perak. Banyak tempat telah kami berhijrah. Antaranya di Labuan, Johor dan kini kami menetap di Putrajaya.
Saya adalah pelajar dari jurusan bahasa dan linguistik Melayu. Pada mulanya saya mendapat tawaran di UPM dalam jurusan bahasa mandarin. Tetapi disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, saya telah menukar kos ke bahasa dan linguistik Melayu. Sebenarnya saya baru mula berjinak-jinak dengan blog ni jadi saya tak mahir lagi menggunakan blog tersebut hihi. Okay tu je lah sesi perkongsian dari saya. Jumpa lagi di lain sesi. Bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment