ELEMEN ASAS GRAFIK
Dalam tugasan ini akan membincangkan lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.
1. Mudah
Elemen asas grafik mudah dapat dilihat oleh seseorang terhadap sesuatu gambaran yang mudah difahami sama ada dalam bentuk video ataupun foto. Elemen ini juga dilihat sebagai mudah difahami sebagai sesuatu mesej tanpa sebarang kekeliruan.
Contohnya:
Sekeping gambar seekor kucing yang berbadan gempal sedang bermain dengan tuannya di halaman rumah. Seseorang yang melihat gambar tersebut dapat memahami bahawa gambar yang itu ialah seekor kucing yang berbadan gempal.
2. Warna
Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif ) akan menimbulkan kontras yang baik. Grafik yang asas seharusnya mengandungi tidak lebih daripada tiga warna. Terdapat juga kebanyakan gambar atau video mempunyai lebih daripada tiga warna. Perkara tersebut terpulang kepada seseorang untuk menentukan mesej dan objektif yang ingin disampaikan.
Contohnya :
Sekeping foto seorang wanita yang mengenakan pakaian biru gelap dan disertai dengan pokok di belakang berwarna hijau dan juga kelihatan awan yang kebiruan. Gambar tersebut menarik jika dilihat kerana gabungan tiga warna yang memfokuskan kepada tiga objek tersebut iaitu, seorang wanita, pokok dan awan.
3. Teks
Saiz font yang dipilih memainkan peranan yang penting dalam persembahan grafik. bukan itu sahaja, kandungan yang dipilih juga sangat dititikberat dalam elemen teks. hal ini bertujuan untuk menyampaikan pemahaman terhadap grafik tersebut. selain itu, dalam elemen teks ini juga mengambil kira warna dalam pemilihan font kerana faktor-faktor tersebut sangat penting supaya mesej dapat disampaikan dengan baik tanpa sebarang kekeliruan.
Contohnya :
Papan iklan Mcdonald yang memaparkan huruf M dengan saiz font yang besar dan menarik. Dengan cara itu, seseorang yang melihat papan iklan tersebut tertarik untuk membelinya.
4. Kesesuaian
Elemen kesesuaian dalam gambar atau video haruslah berhubung kait dengan latar tempat, masa, watak. Setiap watak yang digunakan haruslah bersesuaian supaya tidak timbul kekeliruan apabila dilihat oleh seseorang.
Contohnya :
Gambar sebuah keluarga sedang berkumpul untuk menyediakan hidangan hari raya. Kelihatan masing-masing sedang bergelak ketawa. Disusuli dengan awan kemerah-merahan yang menandakan hari senja. terdapat juga tulisan di bawah gambar yang ditulis "aktiviti sehari sebelum raya"
5. Keseimbangan
Keseimbangan merujuk kepada ruang dalam gambar atau video tersebut. ruang yang dimaksudkan ialah ruang yang memenuhi setiap sudut gambar tersebut. Namun, seimbang juga diterima apabila grafik tersebut dapat disampaikan dengan baik.
Contohnya :
Ruang disebelah atas kelihatan awan kebiruan. manakala ruang disebelah kiri terdapat 2 buah bangunan bertingkat dan kelihatan pokok kehijauan di sebelah kanan. ditambah pula 4 orang kanak-kanak di tengah pemandangan tersebut menampakkan lagi keseimbangan grafik itu.