Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA


Pendekatan Analisis Wacana

(Normaliza Abd Rahim, 2018)

PRA-ANDAIAN

 

1. Intuisi

2. konteks

penerimaan/penafian

keperluan

perujukan

anafora

pengulangan

kekaburan

penegasan

EMOSI

 

1. Positif

2. Negatif

3.Emosi Bercampur

 

perangai

personaliti

mood

motivasi

NILAI DAN BUDAYA

 

1. Diri

2. Masyarakat

3. Adat

 

jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhana-an

berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarak-at

keadilan, kebebasan, rasional

BAHASA

 

1. Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

2. Formal/ tidak formal

3. Kesalahan bahasa

4. Linguistik

 

INFERENS

 

1. Rumusan keseluruhan

2. Rumusan topik perbincangan

3. Penutup kata

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2018), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi, Penerbit UMT, Universiti Malaysia Terengganu 21030 Kuala Nerus Terengganu

Pendekatan analisis wacana oleh Prof Dr Normaliza Abd Rahim (2018) telah diperkenalkan daripada beberapa kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Kajian yang dijalankan ini melibatkan ujaran dan interaksi daripada kanak-kanak, remaja, pelajar universiti dan masyarakat keseluruhan. Pendekatan ini mempunyai lima elemen iaitu :

Pra-andaian
Pra-andaian merupakan sesuatu perkara yang diamalkan pada zaman dahulu sebelum mulanya hujah atau tindakan. Pra-andaian bertitik tolak  daripada teori yang dicadangkan oleh Abbott (2000), Atlas (1977) dan Brown & Yule (1983). elemen ini terbahagi kepada dua aspek analisis iaitu intuisi dan konteks. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, intusi bermaksud daya atau kebolehan seseorang untuk memahami sesuatu tanpa berfikir secara sedar. Manakala konteks pula dikaji dari aspek penerimaan/penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

Emosi
Emosi adalah sesuatu perasaan jiwa yang ada pada diri seseorang seperti sedih, gembira, takut dan sebagainya. Elemen emosi merujuk kepada teori yang dipelopori oleh Cannon (1927). elemen ini terbahagi kepada tiga aspek iaitu emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Dalam elemen ini dapat dilihat melalui perangai, personaliti, mood dan motivasi diri dan dari luar.

Nilai dan Budaya
Nilai dan budaya dapat dilihat dari aspek diri, masyarakat dan adat. elemen ini berkait rapat dengan nilai yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara. Antara nilai yang terdapat dalam elemen ini ialah jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhaaan, berdikari, berhemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan, hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat, keadilan, kebebasan dan juga rasional.

Bahasa
Dalam elemen ini, bahasa memfokuskan kepada bahasa pertama, kedua, ketiga. Dalam elemen ini juga, bahasa terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahasa formal dan bahasa tidak formal. Kesalahan bahasa dikaji untuk menganalisis bahasa supaya nampak lebih mendalam. Linguistik juga dianalisis untuk mendapatkan huraian lebih jelas dan padat. Elemen ini merujuk kepada teori Stubbs (1983).

Inferens
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, inferens bermaksud kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta tertentu seperti rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Elemen ini merujuk kepada teori yang dicadangkan oleh Brown & Yule (1983). semua aspek itu perlu dibincangkan supaya ujaran, interaksi, teks dan tulisan lebih lengkap dan jelas.






Buku yang diguna semasa membuat rujukan.
Kehadiran 1 April 2021












No comments:

Post a Comment

BBM3410-2021-MINGGU 1A