Friday, April 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 CELIK BAHASA ISYARAT

Link Youtube : https://youtu.be/-h5hlplln24

RUJUKAN :  Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia yang diakses pada 8 April 2021 daripada https://youtu.be/-h5hlplln24


Saksikan Rancangan Sembang Tamu: "Celik" Bahasa Isyarat


Pada pautan video yang dilampirkan, rancangan sembang tamu bersama Prof Dr Normaliza Abd Rahim menceritakan tentang "Celik Bahasa Isyarat". Dalam pengisian tersebut, dinyatakan bahawa dalam kehidupan harian kita, bahasa isyarat amat penting untuk dipelajari kerana bahasa isyarat tersebut boleh digunakan apabila dalam sesuatu keadaan. Contohnya, bergaul dengan orang kurang upaya bisu atau pekak atau boleh juga diaplikasikan apabila berada dengan ahli keluarga. 

Menurut Prof Dr Normaliza, diri sendiri haruslah mempunyai keingina yang tinggi untuk mempelajari bahasa isyarat. Bahasa isyarat boleh dipelajari dimana-mana sahaja. Contohnya, Prof Dr Normaliza mula timbul keinginan untuk mempelajari bahasa isyarat tersebut setelah beliau melihat sekumpulan remaja mengaplikasikan bahasa isyarat tersebut di tempat awam. Beliau mempelajari bahasa isyarat tersebut di twitter selama 2 bulan sahaja. Daripada situ kita dapat lihat bahawa keinginan yang tinggi dalam mempelajari sesuatu dapat ilmu dengan cepat. Beliau juga telah melakukan eksperimen sosial dimana beliau dan anak sulungnya menggunakan bahasa isyarat di tempat awam dan mendapati bahawa ramai yang memerhatikan mereka. Menurut beliau lagi, minat dan usaha haruslah seiring dalam mempelajari sesuatu supaya apa yang dipelajari mudah difahami.

Antara cara beliau mendidik anak-anaknya dalam mempelajari bahasa isyarat adalah dengan mengaplikasikan bahasa isyarat tersebut kepada mereka tanpa memberitahu isi dalam bahasa isyarat tersebut. Cara beliau sangat menginspirasikan kepada kita semua. Kita boleh menggunakan cara tersebut dalam kalangan ahli keluarga. Cara tersebut dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa bahasa isyarat sangat istimewa untuk dipelajari. Oleh itu, kita haruslah berasa bangga apabila kita mempelajari bahasa isyarat tersebut kerana dapat berkomunikasi dengan sesiapa sahaja.



NUR IFFAH SYAKIRAH BINTI MD SHAM (202912)



No comments:

Post a Comment

BBM3410-2021-MINGGU 1A