BBM3410-2021-MINGGU 3-MUGSHOT
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang. Universiti Putra Malaysia
Nota : Gambar ini diambil dengan menggunakan teknik asas fotografi iaitu mug shot. Mug shot adalah gambar yang diambil dengan jarak yang dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka sahaja. Tujuannya adalah untuk menunjukkan raut wajah seseorang dengan cara yang mudah dikenali oleh orang ramai. Daripada foto mug shot ini, dapat dilihat emosi daripada raut wajah seseorang antaranya marah, gembira, sedih, takut, terkejut, ketawa dan sebagainya.
Model : Nur Iffah Syakirah binti Md Sham
Emosi
1. GEMBIRA
HURAIAN : Model ini menunjukkan reaksi muka gembira yang pelbagai. Daripada foto ini, model ingin menyampaikan bahawa emosi gembira dapat dilihat melalui raut wajah seseorang sama ada mereka memperoleh kejayaan, ada berita gembira dan sebagainya.
2. SEDIH
HURAIAN : Model ini menunjukkan reaksi muka sedih yang pelbagai. Daripada foto ini, model ingin menyampaikan bahawa emosi sedih dapat dilihat melalui raut wajah seseorang sama ada kecewa, kemurungan, putus asa dan sebagainya.
3. TAKUT
HURAIAN : Model ini menunjukkan reaksi muka takut yang pelbagai. Daripada foto ini, model ingin menyampaikan bahawa emosi takut dapat dilihat melalui raut wajah seseorang sama ada mereka ngeri akan sesuatu atau takut akan sesuatu yang membahayakan diri.
4. GERAM
HURAIAN : Model ini menunjukkan reaksi muka geram yang pelbagai. Daripada foto ini, model ingin menyampaikan bahawa emosi geram dapat dilihat melalui raut wajah seseorang sama ada mereka geram pada seseorang, persekitaran dan sebagainya.
5. MARAH
HURAIAN : Model ini menunjukkan reaksi muka marah yang pelbagai. Daripada foto ini, model ingin menyampaikan bahawa emosi marah dapat dilihat melalui raut wajah seseorang sama ada mereka tak puas hati akan sesuatu atau sakit hati dan sebagainya.
6. TERKEJUT
HURAIAN : Model ini menunjukkan reaksi muka terkejut yang pelbagai. Daripada foto ini, model ingin menyampaikan bahawa emosi terkejut dapat dilihat melalui raut wajah seseorang sama ada ternampak sesuatu yang mengejutkan atau hairan akan sesuatu perkara.
7. KETAWA
HURAIAN : Model ini menunjukkan reaksi muka ketawa yang pelbagai. Daripada foto ini, model ingin menyampaikan bahawa emosi ketawa dapat dilihat melalui raut wajah seseorang sama ada melihat sesuatu yang melucukan atau sebagainya.
NUR IFFAH SYAKIRAH BINTI MD SHAM (202912)
No comments:
Post a Comment