BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-LONGSHOT
RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
Definisi Long Shot:
Asas fotografi long shot diambil pada jarak yang jauh dari lensa kamera atau video. Namun, gambar tersebut dilihat jelas dengan gambaran keseluruhan. Tujuan long shot digunakan adalah untuk situasi yang memerlukan pemahaman terhadap seluruh paparan.
1.
Model : Nur Iffah Syakirah binti Md Sham
Lokasi : Presint 15, Putrajaya
Gambar di atas menunjukkan seorang perempuan sedang berdiri di tengah kawasan lapang. Gambar tersebut diambil dengan jarak yang jauh. Gambar tersebut dapat menunjukkan situasi dalam satu gambar. Gambar diambil pada waktu tengahari kerana kelihatan cuaca yang sangat cerah.
2.
Model : Nur Iffah Syakirah binti Md Sham
Gambar di atas menunjukkan seorang perempuan kelihatan sedang menuruni tangga. Gambar tersebut diambil pada jarak jauh. Gambar tersebut menunjukkan satu situasi dalam satu gambar iaitu kelihatan bangunan-bangunan yang banyak.
3.
Model : Nur Iffah Syakirah binti Md Sham
Gambar di atas menunjukkan seorang wanita kelihatan seperti sedang memerhati sesuatu di dalam semak tersebut. Gambar tersebut diambil dengan jarak jauh dan menunjukkan satu situasi di dalam gambar.
No comments:
Post a Comment