Sunday, May 23, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 8-ONE SHOT-GADIS JK

RUJUKAN : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Universiti Putra Malaysia : Serdang



1. One Shot 
Video one shot merupakan rakaman yang dibuat tanpa menggerakkan alat perakam video. Video ini juga tidak memerlukan penyuntingan kecuali bahagian akhir yang memerlukan kredit. penggambaran tersebut menunjukkan mimik nyanyian individu atau kumpulan. Durasi video adalah lebih kurang 3 minit mengikut durasi lagu yang dipilih.



LINK : https://youtu.be/pwH_gCuGF7g



2. One Shot Two Layer
Video ini dirakamkan dengan mengambil kira satu lapisan lain selain daripada nyanyian. Biasanya lakonan mengenai jalan cerita yang terkandung dalam lagu tersebut untuk membuatkan video tersebut mnjadi menarik.




LINK : https://youtu.be/HwEtc84eHas



3. One Shot Three Layer
Video ini pula menunjukkan bahawa terdapat tiga lapisan dalam satu video tersebut. Tiga lapisan tersebut adalah lapisan nyanyian, lakonan dan pergerakan. Lapisan pergerakan boleh dilakukan di kawasan pokok-pokok yang bergoyang atau mempunyai objek yang bergerak seperti laluan kenderaan. Pergerakan tersebut mestilah tidak dirancang atau dibuat-buat.







LINK : https://youtu.be/hlqR36Y6HLg






No comments:

Post a Comment

BBM3410-2021-MINGGU 1A